Indahnya dunia

Monday, 4 April 2016

Satu Janji


‘Bermula dengan teruja dengan seseorang membuat diri lupa, membuat diri hilang pertimbangan, 
hilang jati diri, membuat diri terasa hilang dalam kebahagian yang dicipta untuk memuaskan hati 
merasa hebat bertemankan dia yang hebat. Hingga lupa dia juga manusia penuh khilaf. Hingga lupa diri hanya hamba Allah yang tak mampu untuk penuhi segala kehendak manusia.’

Melihat tulisan diatas membuat aku merenung kembali diri yang pernah hampir menjadi sepertinya, tapi aku masih sentiasa disedarkan sahabatku itu punya sahabat lain juga bukan aku seorang, seringkali juga aku tidak sentiasa dapat bersama dirinya aku redha, ya, dia sememangnya sahabatku tapi aku tak pernah lupa dia juga sahabat kepada mereka disekelilingnya, aku melepaskan dia berbuat apa yang telah diamanahkan kepadanya. Pernah mereka yang lain bertanyakan aku soal peribadinya, kata mereka sebagai sahabat yang sentiasa bersama mana mungkin aku tidak tahu.

Ya Benar. Aku tidak tahu. Sahabat adakala perlukan ruang, masa untuk dirinya membuat pembinaan dan pembangunan buat dirinya, Cuma kadang2 aku agak manja dengan dia, dan memang diakui sendiri olehnya, tak lebih hanya sebagai adik dan kakak. Tapi setakat bila kami berdua sahaja, bila bersama-sama sahabat yang lain, aku sebolehnya membiarkan dirinya bersama mereka, begitu juga dia bila aku bersama sahabat yang lain, dia membiarkan aku disana. Begitu dia mengajarku erti hidup. 

Kini masuk tahun ke- 6 persahabatan. Dia selangkah kehadapan. Nak kata tak rindu tipulah kan, tapi aku hanya mampu selitkan doa buat dirinya pada hujung doaku buat dirinya disana. Sahabat selangkah maju kehadapan bohonglah x jeles,dengki, syaitan yang tak pernah putus menghasut agar hubungan ini putus, sekuat itu juga aku menjaga tali persahabatan kerana Allah taala ini. Kerna aku ingin persahabatan ini hingga ke Syurga. Sejauh manapun dia pergi melangkah, dirinya tetap dekat didalam doa diri ini.



Teringat satu lagu yang diviralkan dalam wassap

‘ walau berjauhan kita tetap bersama,

jauh dari mata hati tak akan lupa,

tulus suci hatimu duhai sahabat ,

ku tetap menanti tika bersama’


Sahabat kerana Allah ni nikmat dia lain sangat, tidur sebantal, makan bersuap solat bersama, musafir bersama, kongsi duit bersama, Allah nikmat dia tu Allah ja tahu.




Berkawanlah dengan sesiapapun dengan ikhlas nescaya kamu pasti mendapat sahabat.
 Sahabat istilah khas buat mereka yang ikhlas berkenalan atas dasar keimanan. 
Sahabat kerana Allah membuahkan kenikmatan ikatan persaudaraan melebihi 
darah daging sendiri.                                                                   
                                             
                                                         Cintailah sahabat kerana Allah, 
                                   bukan kerana dia hebat berkata,
                                   bukan kerana dia orang terkenal 
                                   dikagumi segenap masyarakat, 
                                   andai begitu hilang bicara hilang                                                                       namanya hilanglah persahabatan.


Perbualan panjang dengan insan yang mendekati diri petang kelmarin saat diri terasa tiada siapa disisi membuat aku terasa sebak yang teramat, dia dulu yang sering membuat aku menangis dan ingin jauh rupanya kini menjadi sahabat susah senangku, siapa sangka, perancangan itu sungguh maha Hebat dari yang Maha Hebat. Dia hadir menemani senyum tangis gelak ketawa diri disini.  

Terima kasih ya Allah.Alhamdulillah dipertemukan lagi dengan insan ini, dia merupakan salah seorang sahabat kepada sahabat rapatku kini menjadi peneman duka ketawa disini.  Terasa yang patah, hilang tumbuh berganti. Aku masih tidak akan pernah lupakan sahabat dulu, tapi aku tak kan sia-siakan sesiapa sahaja yang hadir dalam hidup ini yang ikhlas bersahabat denganku.
Sahabat kerana Allah itu luas pengertiannya. Terlalu luas kerana ukhuwah adalah hadiah dari Allah buat hambanya yang ikhlas menjalinkan silaturahim. Aku sangat mengharap untuk tergolong dalam golongan yang saling mencintai kerana Allah. 

Ukhwah bukan ertinya untuk sentiasa bersama, sentiasa memberi, sentiasa menerima, tapi ianya merangkumi ‘give and take’. Istilah inilah yang membuat ukhuwah itu sangat-sangat bernilai tanpa mengharapan apa-apa balasan berbentuk material.

Disini dikongsikan sedikit tips untuk mengeratkan ukhuwah yang terbina.

1) Solat BERJEMAAH- sangat2 penting untuk mengikat hati

2) Saling menegur dengan kelembutan dan berhikmah

3) Saling melengkapi yang kurang

4) Belanja makan-ni termasuk lam aspek sedeqah la, amik tahu bila sahabat kita tux da duit, jaga 
keperluan dia seperti kita jaga diri kita

5) Kongsi masalah bersama

6) JUJUR-ni paling penting! –jangan nak kawan sebab harta, pangkat, xkemana pung-



-sekian- tips dari budak baru ‘nak move on’

Move on JOM!

‘’MAN LA YARHAM LA YURHAM’

‘SESIAPA YANG TIDAK MENYAYANGI TIDAK AKAN DISAYANGI’
#humaira
#srikandiumar