‘Bermula dengan teruja dengan seseorang membuat diri lupa, membuat diri hilang pertimbangan,
hilang
jati diri, membuat diri terasa hilang dalam kebahagian yang dicipta untuk
memuaskan hati
merasa
hebat bertemankan dia yang hebat. Hingga lupa dia juga manusia penuh khilaf.
Hingga lupa diri hanya hamba Allah yang tak mampu untuk penuhi segala kehendak
manusia.’
Melihat tulisan diatas
membuat aku merenung kembali diri yang pernah hampir menjadi sepertinya, tapi
aku masih sentiasa disedarkan sahabatku itu punya sahabat lain juga bukan aku
seorang, seringkali juga aku tidak sentiasa dapat bersama dirinya aku redha,
ya, dia sememangnya sahabatku tapi aku tak pernah lupa dia juga sahabat kepada
mereka disekelilingnya, aku melepaskan dia berbuat apa yang telah diamanahkan
kepadanya. Pernah mereka yang lain bertanyakan aku soal peribadinya, kata
mereka sebagai sahabat yang sentiasa bersama mana mungkin aku tidak tahu.
Ya Benar. Aku tidak tahu.
Sahabat adakala perlukan ruang, masa untuk dirinya membuat pembinaan dan
pembangunan buat dirinya, Cuma kadang2 aku agak manja dengan dia, dan memang
diakui sendiri olehnya, tak lebih hanya sebagai adik dan kakak. Tapi setakat
bila kami berdua sahaja, bila bersama-sama sahabat yang lain, aku sebolehnya
membiarkan dirinya bersama mereka, begitu juga dia bila aku bersama sahabat
yang lain, dia membiarkan aku disana. Begitu dia mengajarku erti hidup.
Kini masuk tahun ke- 6
persahabatan. Dia selangkah kehadapan. Nak kata tak rindu tipulah kan, tapi aku
hanya mampu selitkan doa buat dirinya pada hujung doaku buat dirinya disana.
Sahabat selangkah maju kehadapan bohonglah x jeles,dengki, syaitan yang tak
pernah putus menghasut agar hubungan ini putus, sekuat itu juga aku menjaga
tali persahabatan kerana Allah taala ini. Kerna aku ingin persahabatan ini
hingga ke Syurga. Sejauh manapun dia pergi melangkah, dirinya tetap dekat
didalam doa diri ini.
Teringat satu lagu yang
diviralkan dalam wassap
‘
walau berjauhan kita tetap bersama,
jauh
dari mata hati tak akan lupa,
tulus
suci hatimu duhai sahabat ,
ku
tetap menanti tika bersama’
Sahabat
kerana Allah ni nikmat dia lain sangat, tidur sebantal, makan bersuap solat
bersama, musafir bersama, kongsi duit bersama, Allah nikmat dia tu Allah ja
tahu.
Berkawanlah dengan sesiapapun dengan ikhlas nescaya kamu pasti
mendapat sahabat.
Sahabat istilah khas buat mereka yang ikhlas berkenalan atas
dasar keimanan.
Sahabat kerana Allah membuahkan kenikmatan ikatan persaudaraan
melebihi
darah daging sendiri.
darah daging sendiri.
Cintailah sahabat kerana Allah,
bukan kerana dia hebat berkata,
bukan kerana dia orang terkenal
dikagumi
segenap masyarakat,
andai begitu hilang bicara hilang namanya hilanglah persahabatan.
Perbualan panjang dengan insan yang mendekati diri petang kelmarin
saat diri terasa tiada siapa disisi membuat aku terasa sebak yang teramat, dia
dulu yang sering membuat aku menangis dan ingin jauh rupanya kini menjadi
sahabat susah senangku, siapa sangka, perancangan itu sungguh maha Hebat dari
yang Maha Hebat. Dia hadir menemani senyum tangis gelak ketawa diri disini.
Terima kasih ya Allah.Alhamdulillah dipertemukan lagi dengan insan
ini, dia merupakan salah seorang sahabat kepada sahabat rapatku kini menjadi
peneman duka ketawa disini. Terasa yang patah, hilang tumbuh berganti.
Aku masih tidak akan pernah lupakan sahabat dulu, tapi aku tak kan sia-siakan
sesiapa sahaja yang hadir dalam hidup ini yang ikhlas bersahabat denganku.
Sahabat kerana Allah itu luas pengertiannya. Terlalu luas kerana
ukhuwah adalah hadiah dari Allah buat hambanya yang ikhlas menjalinkan
silaturahim. Aku sangat mengharap untuk tergolong dalam golongan yang saling
mencintai kerana Allah.
Ukhwah bukan ertinya untuk sentiasa bersama, sentiasa memberi,
sentiasa menerima, tapi ianya merangkumi ‘give and take’. Istilah inilah yang
membuat ukhuwah itu sangat-sangat bernilai tanpa mengharapan apa-apa balasan
berbentuk material.
Disini
dikongsikan sedikit tips untuk mengeratkan ukhuwah yang terbina.
1) Solat
BERJEMAAH- sangat2 penting untuk mengikat hati
2) Saling
menegur dengan kelembutan dan berhikmah
3) Saling
melengkapi yang kurang
4)
Belanja makan-ni termasuk lam aspek sedeqah la, amik tahu bila sahabat kita tux
da duit, jaga
keperluan
dia seperti kita jaga diri kita
5) Kongsi
masalah bersama
6)
JUJUR-ni paling penting! –jangan nak kawan sebab harta, pangkat, xkemana pung-
-sekian- tips dari budak baru ‘nak move on’
Move on
JOM!
‘’MAN LA
YARHAM LA YURHAM’
‘SESIAPA
YANG TIDAK MENYAYANGI TIDAK AKAN DISAYANGI’
#humaira
#srikandiumar










