Kadang ujian yang kecil tidak mampu menundukkan hati yang lalai dan leka dengan keindahan dunia, sebab itu terkadang Allah menghantar ujian yang begitu berat pada seorang hambaNYA semata-mata untuk kita benar-benar mengaku kita hanyalah hamba dan Dialah Tuhan, Allah yang Maha Besar.
Ujian adalah bahasa cinta dari Allah untuk memanggil kita pulang kepadanya, setelah jauh tersasar dari landasan keimanan ianya bukanlah melemahkan tetapi hadir sebagai ubat untuk menguatkan langkah agar terus bertapak teguh dengan segunung kesabaran.
Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau dustakan?

Saat direnung kembali,
Setiap peristiwa yang pernah terjadi keatas diri ini,
Pelbagai ujian,

Saat direnung kembali,
Setiap peristiwa yang pernah terjadi keatas diri ini,
Pelbagai ujian,
Pelbagai mehnah,
pelbagai jalan tarbiyah ditempuh,
Suka duka gembira pahit manis perit telah diharungi,
kisah perjalanan hidup yang sentiasa bertemankan ujian dan air mata,
MasyaAllah tabarakallah,
Suka duka gembira pahit manis perit telah diharungi,
kisah perjalanan hidup yang sentiasa bertemankan ujian dan air mata,
MasyaAllah tabarakallah,
Hingga satu demi satu hikmah dari setiap ujian itu tersingkap, yakin dan percayalah
Tiada istilah kebetulan dalam setiap rencana dari Allah taala, semuanya telah diatur dengan begitu teliti dan cukup indah,
Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau dustakan?
Allahu..
Diuji dan terus diuji hingga satu detik,
Diri berasa tiada lagi daya upaya,
Ketika itulah hadirnya detik terindah,
airmata tidak mampu lagi bertahan, hati menjadi begitu rendah hanya mengharap bantuan dan pertolongan dari Allah semata,
Saat itulah merasai dekatnya dan nikmatnya hidup berTuhan.
Allahuakhbar,
May Allah ease this journey till the end,

Aamiin.
#myRAjourney
#myRAjourney