Indahnya dunia

Monday, 1 October 2018

sandar padaNYA

Hasbunallahu wani'mal wakil menjadi sandaran hati seorang hamba,
Kadang ujian yang kecil tidak mampu menundukkan hati yang lalai dan leka dengan keindahan dunia, sebab itu terkadang Allah menghantar ujian yang begitu berat pada seorang hambaNYA semata-mata untuk kita benar-benar mengaku kita hanyalah hamba dan Dialah Tuhan, Allah yang Maha Besar.

Ujian adalah bahasa cinta dari Allah untuk memanggil kita pulang kepadanya, setelah jauh tersasar dari landasan keimanan ianya bukanlah melemahkan tetapi hadir sebagai ubat untuk menguatkan langkah agar terus bertapak teguh dengan segunung kesabaran.
Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau dustakan?


Saat direnung kembali,
Setiap peristiwa yang pernah terjadi keatas diri ini,
Pelbagai ujian, 
Pelbagai mehnah,
pelbagai jalan tarbiyah ditempuh,
Suka duka gembira pahit manis perit telah diharungi,
kisah perjalanan hidup yang sentiasa bertemankan ujian dan air mata,
MasyaAllah tabarakallah,
Hingga satu demi satu hikmah dari setiap ujian itu tersingkap, yakin dan percayalah
Tiada istilah kebetulan dalam setiap rencana dari Allah taala, semuanya telah diatur dengan begitu teliti dan cukup indah,
Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau dustakan?
Allahu..
Diuji dan terus diuji hingga satu detik,
Diri berasa tiada lagi daya upaya,
Ketika itulah hadirnya detik terindah,

airmata tidak mampu lagi bertahan, hati menjadi begitu rendah hanya mengharap bantuan dan pertolongan dari Allah semata,
Saat itulah merasai dekatnya dan nikmatnya hidup berTuhan.
Allahuakhbar,
May Allah ease this journey till the end,
Aamiin.
#myRAjourney

Wednesday, 26 September 2018


Persinggahan ini


Persinggahan ini,
Akan kujalani seadanya,
Akan kutempuhi sekuatnya,
Walau jalannya berliku,
Walau seringkali jatuh,
Walau airmata kadang xmampu ditahan,
Walau sakit dirasa begitu perit ditanggung,
Aku tidak pernah sendiri,
Ada Tuhan sentiasa menemani,
Kerana hidupku matiku,
Kerana Allah taala,
Kuserahkan segalanya pada pemilik diriku.

Monday, 17 September 2018

It’s like quite long time haven’t made a post here,
It’s not that I already free with the pain,
But it’s because now I can adapt to it,
Not cry like a baby anymore,
Not take steroid anymore,
but still, consume with MTX(chemotherapy),
the worst ever pills I had eaten,
always vomit after take it,
always got high temperature after take it,
Just sometimes try holding the pain like I’m not in sick every day,
Although the pains were there every morning, the battle still not comes to the end.
Alhamdulillah day by day I can cope with this illness.
Trying to handle the stress and become more optimist person.

Monday, 13 August 2018

Peluang

Peluang itu tidak selalunya hadir dalam hidup,
kadang...
peluang itu terbuka saat kita tidak pernah sedar untuk menghargai,
hadirnya tanpa isyarat,
perginya juga tanpa mengucapkan selamat tinggal.

begitu juga dengan setiap apa yang terjadi dalam hidup kita,
setiap ujian,
setiap musibah,
pasti ada peluang yang terbuka untuk kita mengubah diri kita menjadi yang lebih baik.

selalunya kita menganggap ujian itu adalah penghapus nikmat,
seringkali kita merasakan dugaan itu hanya menghilangkan sesuatu yang kita teramat sayang,

sedangkan disisi Tuhan ujian dan musibah itu adalah satu cara untuk  membuka peluang dan ruang kepada manusia mendapat tarbiyah tidak langsung menjadi seorang yang kuat dan tabah.

Sunday, 10 June 2018

Hope n faith r good frens!

6 biji MTX selamat ditelan semalam.
bukan main baca doa gerunnya nak telan ubat kimoterapi tu.
kesan?
memang terasa kesannya,
badan panas dan susah nak lelapkan mata,
siap mandi sebelum landing sbb bahang sangat dr mata sampai kaki.
aku terus menyimpan harapan,
moga dengan ujian ini menjadikan manfaat untuk mereka disisi.

Monday, 4 June 2018

tc Jiha

keep fighting myself!
being a teacher here was not actually my ambition,
but I just follow Allah decision to put me here.
I get this job before I getting sick,
Allah knows the best for me.
thanks, Allah. =)

Ramadhan pertama bersama RA

Tahun ni tahun pertama aku lalui ramadhan bersama RA, rheumatoid arthritis. sejenis penyakit autoimun yang menyerang diri sejak beberapa bulan yang lalu.
kata doktor ini adalah penyakit sepanjang hayat yang perlu aku terima. 
kata doktor aku perlu menjalani beberapa ujian darah setiap bulan. 
kata doktor aku akan diberi ubat kimoterapi mulai bulan ini dan perlu mengambilnya seminggu sekali.
kata doktor aku mungkin akan alergik dengan ubat kimo ini.
kata doktor mungkin rambut akan mula gugur agak banyak dan muntah.
kata doktor dos ubat akan bertambah bergantung kepada keadaan diriku.
kata doktor ubat yang diberi akan dibekalkan sepanjang hidup.
SEPANJANG HIDUP...(air mata sebak dah waktu ni tp ak cuba tahan)
kata doktor aku perlu jalani physioterapi.
kata doktor aku harus belajar menerima sakitku ini sebagai sebahagian dari hidupku.
kata doktor semuanya aku terima.
kata doktor semuanya aku ikut.
aku tidak degil lagi.
aku tidak tahu apakah aku ikut kerana aku terima atau kerana aku sudah give up dengan diri yang selalu sakit.
namun,
kalau benar aku give up pasti aku sudah lama tinggalkan kata2 doktor dan terus merosakkan diri kerana tanpa ubat aku tidak mampu bergerak seperti biasa.
sakitnya luar biasa hingga tak mampu untuk aku bagitahu kepada orang.
mungkin aku mulai belajar menerima dan redha dengan perjalanan hidup yang selalu diuji.
=')
mungkin juga aku mulai akui diri ini bukan milikku tapi milik Tuhan..
keatas Dialah hak diri ini untuk berbuat apa sahaja.
Dia hanya memberi aku pinjaman sementara.

dan..RAMADHAN datang membawa rahmat kepada diriku.
sakit yang selama ini dirasa seakan terbang,
minggu pertama kedua dan ketiga dilalui dengan begitu sihat,
mungkin juga kerana aku mulai mengambil 9 biji ubat sehari termasuk 2 biji steroid setiap hari yang dibekalkan doktor dan 3 biji seminggu ubat kimoterapi.

apa pun sebabnya aku begitu bahagia dan gembira waktu ini.
aku gembira kerana kembali bergerak aktif sperti sediakala hingga  aku lupa aku masih perlu banyak berehat kerana saat ubatnya habes kesan pasti keaktifan tadinya memakan diri.
so sentiasa perlu ingatkan diri agar tidak terlalu gembira dan bekerja kuat.



Monday, 23 April 2018


Dalam kita melangkah

Terkadang diuji dengan ujian 
Terasa Berat Hingga kita 
terduduk menangis 
Peritnya terasa tetapi 
Ketahuilah dan 
Renungilah Kembali 
kedalam diri kerana mungkin 
Air mata ketika Itu Hadir
kerana DIA mahu kita 
Menjahit kembali sejadah Iman 
Yang terkoyak
Lantaran ada
Langkah tersasar dari keikhlasan



Sunday, 22 April 2018

MC kali kedua

Minggu lepas,
tonsil infected.
kali pertama kena,
sakitnya ya Allah..
xpernah aku rasa tertekan sebagaimana waktu sakitnya nak menelan.

2x ke klinik Medicare Annur,
malam pertama doktor melayu merawatku,
dia menelefon doktor Hospital untuk menanyakan ubat untukku krn risau akan memberi kesan kpd sakit autoimunku,

malam kedua doktor cina,
dia juga kulihat agak baik orangnya,

aku sempat menanyakan tentang sakit RA,
adakah sakit ini ada kaitan dgnnya,
dan knp doktor pakar masih perlu membuat darah keatasku sekali lagi untuk memastikan sakit yang sebenar,

katanya itu adalah kerana kebiasaannya RA orang yang berumur 40 and above,
manakala aku baru 26,
kemungkinan adalah SLE.
Allahu..
jauhkan sejauhnya aku dr sakit ini...

Hampir 5 hari sakit tonsil,
5 hari juga Allah bg nikmat tiada sakit sendi,
ajaibnya..
Ya Allah..

petang kelmarin saat sakit tonsil kembali surut bengkaknya,
perlahan-lahan sakit sendi kembali kepadaku,
sungguh aku dapat merasai kehadirannya walau tanpa sebarang khabar.

Subhanallah hebatnya tetamuMU ya Allah..
muncul dan hilang dengan arahan dariMu.


Tuesday, 10 April 2018

sembunyikan air matamu

hujan...
satu ketika dahulu aku begitu menyukai suasana sejuk dini hari,
kini hujan dan sejuk membuat aku teramat sakit menahan peritnya sendi-sendi.

perjuangan pertama (untuk bangun dari katil) 
tangan cuba menongkatkan siku untuk bangunkan badan,
berkali aku cuba,
jatuh kembali,

badan cuba mengiring untuk bangun,
berkali dicuba,
tetap juga jatuh kembali.

air mata terus sahaja menitis dan aku menangis sesungguh-sungguhnya.
dalam pada itu,
aku masih cuba menyembunyikan kesakitan dan kesedihan itu,
aku takut andai didengar sesiapa,
aku takut andai dikatakan seorang yang manja,
aku takut...
meski pada keluarga sendiri,
aku takut....
hati aku tak kuat untuk mendengar lagi kata-kata orang sekeliling supaya aku tidak menangis dan sabar,
aku mengunci mulutku agat tidak terkeluar suara perit dan pedih yang ditanggung,
meski air mata terasa banjir dipipi.

perjuangan kedua(kaki melangkah ke bilik air)
hayunan kaki pastinya teramat lemah,
tgn cuba gagah mencapai baldi untuk mengisi
 air panas,
kadang saat mengangkat baldi yang agak berat walaupun air xsampai separuh,
saat ingin memetik suis lampu bilik mandi,
airmata pasti menitis lagi,
kudrat kadang2 hilang,
memetik suis sahaja sudah tidak mampu,
mujur ad mak yang bantu memetiknya saat melihat aku terkial-kial cuba menekan namun tidak berjaya.


perjuangan ketiga(memakai baju)
kalau dulu memakai baju hanya mengambil masa beberapa saat,
kini saat itu telah berubah kepada beberapa puluh minit,
saat ini airmata menitis lagi saat kenangan bertamu,
dulu saat aku patah tgn kerana excident ada sahabat yang membantuku memakai baju,
terima kasih sahabat...

Sunday, 1 April 2018

my heart try to ignore their discussion

I wish that all doctors had this level of insight because I hate reading about RA patients being dismissed because their symptoms are only “in their head.”

this is what this article impact of RA Mental functioning said, 
and I said was 

I hate doctor ignore my pain when I need to hold the pain every morning sometime full day.

of coz, they know much better,
but the one that feels the pain was me.

and 

how they treat me during appointments like I'm just pretend to sick,

the blood test results already there,

I heard they said something about SLE,

My ear listen carefully

my heart try to ignore their discussion,

I hope my pain was not that SLE,

I'm really hope... 

they need to do the blood test again for another two-month upcoming appointment.

again,

im need to waiting...





Saturday, 24 March 2018

Beban

pagi kelmarin, 
aku bangunkan badan dengan bantuan mak,
minta mak tolong tarik,
seperti biasa badan akan menjadi kaku dan sakit waktu pagi,
dalam tengah tarik tu,
aku dengar mak doa,
ya Allah mintalah anak aku ni xmenjadi beban kepada orang lain,
sebaknya Tuhan ja tahu,
betapa luluhnya hati waktu tu,
Aku sedar masa tu mak maksudkan moga Allah sembuhkan anaknya ini.
Aku harap Allah makbulkan doa ibuku.
aku harap aku sembuh,
aku harap aku xakan sakit dah,
aku harap aku mampu seperti yang lain,
aku harap aku xsusahkan sesiapa,
tp..
hakikatnya hanyalah harapan,
aku sering menjadi beban kepada orang sekeliling,
patutkah aku pergi jauh agar aku tidak menjadi penyusah kehidupan mereka?
patutkah aku ya Allah...

Tuesday, 20 March 2018

I'm Not 'Sick.'


I can be healthy condition but most of the time im was in sick and pain.
I just can bear this with my own while others not really know when my pain coming.
They can see i bear the pain while walk through the stairs,
this is not slip disc like i had before for two years,
this pain more than that,
they can see how i m trying hard to wake up from my chair after sitting for long time,
but they do not know how i m feel it for real.
I could even cry inside while nobody can realize because this chronic pain was unseen.

when i m in a flare,
i will feel like I am dying little bit at a time,
at that time i will stop everything and trying to find something that can keep motivate me,
sometime i will try to pulling back each moment that make me smile =),

Monday, 12 March 2018

Masih dijaga Tuhan

Saat menghadap pagi yang kelam,
kaki tidak mampu digerakkan,
setiap inci gerak adalah pedih dan perit,
apalagi aku mampu lakukan selain
menangis.

Menangisku bukan untuk meraih simpati,
menangisku bukan untuk bermanja,
menangisku untuk diriku sendiri,
menangisku untukku mencari kekuatan dalam diri,
menangisku untuk aku mengangkat kaki dalam menahan sakit sendirian.

Cukuplah hanya Tuhan yang Maha Mengetahui untuk apa saja air mataku mengalir.
Sakitnya dibawa hingga ke tempat kerja,
Syukur ada seseorang yang dihantarkan untuk membantu saat aku begitu buntu memikirkan cara menghilangkan sakit yang dirasa.
Syukur disini ada operational therapis untuk pelajar special needs,
Syukur ada yang sudi membantu,
Syukur masih ada Rahmat Tuhan buatku.
Syukur Alhamdulillah...

Thursday, 8 March 2018

Sakit Sepanjang Hayat

Minggu ke 10 untuk tahun 2018, bulan ke 3 untuk aku menanggung sakit ini. Jawapan seorang doktor kepadaku apabila aku tanyakan tentang sakit ini, katanya aku harus belajar untuk membiasakan diriku dengan kesakitan ini kerana penyakit ini adalah penyakit sepanjang hayat.

Sehingga kini penyebab kepada sakit ini belum diketahui, ubatnya juga belum ditemui. Dan aku pernah ada history accident patah dan retak dan slip disc, ini menyebabkan keadaan sometime become worst.

Bagi aku as long as,
aku masih mampu bertahan diuji begini,
aku masih mampu senyum,
aku masih kuat untuk melangkah,
aku masih ingin melakukan seperti normal manusia lakukan.

Namun,
sebenarnya inside of my heart,
im really feel the real pain,
when no one know how i feel the pain,
i cant show,
i cant make them see this unseen disease.

Only who ever had same type of this chronic pain will realise how does it feel.
Im never want them also feel this kind of pain,
coz its really pain,

Cukup, they try to understand me.


Monday, 26 February 2018

'terpaksa redha'

belajar untuk redha semestinya bukan mudah,
ust cakap redha ni takda kata  'terpaksa redha'
dia datang dari hati yang benar2 pasrah,
kita serahkan perancangan hidup kita pada Allah taala.

sekarang,
aku sedang belajar menerima sedikit demi sedikit perubahan dalam diriku,
aku tahu ramai yang tidak tahu apa sakit yang aku hadapi,
apa sebenarnya yang aku sedang tanggung,
takpe,
cukuplah,
mereka tahu aku masih ada untuk mereka.
kerana itu aku merasa aku masih hidup,
walau diriku sedang bertarung dengan chronic pain ni.

hari-hari aku cuba positif,
hari-hari aku cuba untuk merasa sihat seperti dahulu,
hari-hari aku cuba sembunyikan sakit aku,

aku...
sendirian,
aku merasa sangat sendirian berhadapan dengan semua ini...
ya Allah...
mampukah aku menghadapinya untuk kali ini,
sakit yang tidak ada ubat ini,
hanya bergantung dengan pain killer seumur hidup...


Wednesday, 21 February 2018

Refuse

bangun pagi,
seperti biasa,
satu hal yang aku pasti dan comfirm sakit waktu nak bangun aku kena lawan,
satu hal lagi,
badan aku mula refuse tuk kuat.
aku jadi lemah.
aku rasa nak give up,
aku rasa xnak bangun-bangun,
this take time,
i know,
but can someone come and help.
im just need this kind of support,
walau tiap hari sakitnya bertambah,
dan
hari ni, tapak kaki sakitnya lain,
till need to walk slowly.

Tuhan, kuatkanlah aku.

Sunday, 18 February 2018

its HURT


Hari ini aku cuba untuk berdiri seperti dahulu, ya aku masih mampu. Alhamdulillah.

Namun, kesakitan itu akan mula terasa saat aku mula melangkah,

Muka pasti berkerut menahan sakit,

Ya.

Aku lafazkan aku redha,

usah siapa pertikaikan,

redhakah aku dengan semua ini,

usah ditanya,

kerana cukuplah hanya aku yang tahu bagaimana berkali-kali aku memujuk diriku,

hingga aku tidak lagi menitiskan air mata saat menahan sakit.


Wednesday, 14 February 2018

Masih hidup.

kadang aku tak percaya,
kadang aku seakan masih lagi tidak mampu menerima,
kadang aku seakan ingin tanya pada Tuhan,
kenapakah aku yang diuji.

Soalan itu kerapkali hadir,
Jawapannya juga tersedia ada,
'Kuat ye Jiha'
'Sikit je sakit ni'
'Allah uji kerana Dia ingin hapuskan dosa'

dan.. kata2 ini hanya diriku sendiri yang diriku dapat menerima.
Aku tidak mampu menerimanya dari orang lain.
Bukan ego,
Tapi hati terasa pedih, sakit.
Aku rasa terhiris, seakan mereka mengatakan aku tidak sabar,
aku tidak mampu untuk tahan sakit,
padaku mereka tidak tahu,
setiap pagi,
sakit yang bagaimana aku tanggung,
mereka tidak tahu,
berapa biji pain killer yang aku telan,
berapa biji  supplement yang aku ambil setiap.

Saat ini aku sedar bagaimana rasanya sakit yang tidak menunjukkan sakit luka atau darah.
Saat ini aku merasai bagaimana mereka yang menanggung rasa sendirian melawan sakitnya sendirian,
Sekarang,
Tuhan benar2 sedang bicara padaku,
memberitahuku,
tidak semua sakit perlukan nasihat, kata2....
Terima Ya Allah..hadirkan sakit ini untukku memahami mereka yang unseen disease.


Monday, 12 February 2018

My Rheumatoid Arthritis journey.

Masuk bulan ke 3, aku seakan sudah dapat membiasakan diri dengan sakit ini, bangun pagi tidak lagi menangis walau sakitnya tetap sama seperti pagi-pagi sebelumnya. Seperti biasa ubat tahan sakit menjadi sarapan untuk ke tempat kerja, tiga jam pertama baru ubat tersebut berkesan dan mengurangkan sedikit sakit.

3jam sebelum? aku hanya menahan dengan mengetap bibir saat melangkah menaiki tangga ke kelas untuk mengajar. Terkadang ada yang menyapa "sakit ke  tc.Jiha?" "sabarnyer awak" kuatnya awak" , aku hanya mampu senyum, aku hanya mampu mengiayakan dan mengaminkan.

Syukur dengan izin Allah taala aku dapat bekerja disini, sekurangnya dapat menanggung kos perbelanjaan rumah dan ubat yang dibeli sebagai ikhtiar tambahan.

Hikmahnya, Allah tangguhkan sesuatu untuk memberikan sesuatu. Inilah satu-satunya yang membuat hati aku sangat2 yakin setiap apa yang berlaku pasti ada himah dariNYA. Allah tangguhkan aku untuk lapor diri ke sklh ni dua bulan. Hikmahnya aku dapat siapkan lesen kereta, dan sekarang aku sakit tapi disebabkan dah dapat lesen aku tak perlu bergantung pada orang lain. Motor? motor ada, tapi sekarang waktu pagi ak tolak tongkat motor tu aku dah xmampu apatah lagi nak tolak moto.

Hikmahnya Allah tangguhkan, aku dapat peluang bekerja siang malam mencari rezeki, home tutor, jual tudung, admin jaga ds tudung, mengajar mengaji dan jadi pengasuh. Aku anggap semua ni sebagai kenangan dan pengalaman paling bermakna dalam hidup yang pernah aku buat.

Sekarang walau sakit begini, aku sememangnya tidak mampu untuk membuat sebarang kerja yang memerlukan tenaga. Sakitnya akan terasa teramat sangat setelah ubat tahan sakit habis kesannya. Jari jari ini mula berubah kian tidak normal, badan semakin hari semakin lemah tapi tetap digagahi agar diri terus kuat untuk menjalani semua ini hingga akhir.

Sunday, 4 February 2018

Sanah Helwah Najihah ke-26

Sambut pagi hari lahir dengan air mata kesakitan,
Menahan sakitnya kaki yang cuba untuk memijak lantai,
Menahan peritnya lutut yang cuba dibengkokkan untuk berdiri,
Menahan sukarnya jari-jari tangan untuk diluruskan,
Allahu...
Kali ini air mata mengalir lagi...
dalam masa yang sama mulut tidak henti memujuk air mata,
 'sabar Najihah, 
jangan nangis jiha, 
its okey...lepas ni boleh gerak.

Inilah pujukan rayuan agar air mata berhenti mengalir.

Hari terus juga dijalani,
Kerutan didahi cuba disembunyikan dalam senyuman yang diukir,

Hari ini,
genap 26 tahun dilahirkan di dunia ini,
terima kasih mak,
terima kasih arwah ayah,
kerana menjaga nurul selama ini,
nurul xtahu sempat ke x nak membalas kembali segala bakti dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini,
apakah baktiku didunia ini dilihat olehNYA?
nurul xtahu berapa lama lagi masa nurul ada,
nurul juga xtahu sakit nurul ni dah peringkat mana,
saat menaip ni pun, 
jari-jari dah rasa sakit,
tapi diri terus menaip curahan kata2 dari dalam,
andai satu hari nanti,
nurul tidak lagi mampu menaip, 
sekurangnya nurul masih dapat membaca kembali setiap kata2 ini.
maafkan nurul,
nurul xpandai nak explain penyakit ni kat mak,

Rheumatoid Arthritis ni nurul google dia oyak penyakit dimana antibodi lawan badan sendiri. 

Rheumatoid arthritis ialah satu penyakit autoimmun yang melibatkan sistem muskuloskeletal di mana terdapat radang kepada sendi-sendi. Ini menyebabkan sendi-sendi menjadi bengkak, sakit dan kaku. Lama-kelamaan jika penyakit ini tidak dirawat, sendi-sendi akan menjadi rosak dan hilang keupayaan.

Mereka yang mengidap RA megalami kesakitan sendi yang selalunya lebih ketara pada waktu pagi. Sendi-sendi yang terlibat selalunya sendi-sendi kecil seperti jari-jari tangan dan kaki. Sendi-sendi lain yang terlibat juga termasuk pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut. Sendi-sendi ini boleh menjadi kaku pada waktu pagi dan susah hendak bergerak.
Penyakit ini adalah suatu penyakit kronik di mana corak penyakit ini kadangkala terkawal dan kadangkala pula ia menjadi aktif di mana sendi-sendi membengkak dan sakit.

Allahu...
ampunkan aku ya Allah...
andai sakit ini adalah untuk menghapus dosaku,
andai sakit ini adalah untuk mengangkat darjatku,
rezekikan aku kekuatan dalaman dan luaranku untuk menanggung semua ini ya Rabbi...
aminn.

Thursday, 1 February 2018

Berat turun

Rheumatoid Arthritis battle.
1 Februari 2018.
Dari 67 kg kini turun 58 kg
tanpa diet,
cuma selera hilang.
Allahu...

Tuesday, 30 January 2018

Pinjaman

Pagi indah tanpa kudrat,
Jari-jari tangan kiri tidak dapat digerakkan, sakitnya untuk membuat sedikit pergerakkan terasa bagai dihiris dan ditoreh setiap sendi yang ada.
5 minit
10 minit
15 minit 
akhirnya air mataku mengalir,
terasa lemahnya aku tanpaMu Tuhan...
Allahu...sambil menangis aku meminta pertolongan dariNYA agar dipinjamkan sedikit kekuatan untuk mandi dan mengambil wudhu menunaikan solat Subuh.
Alhamdulillah sekitar 45 minit kemudian aku dapat bergerak dan bangkit dari tempat tidur.
Solatku kini tidak lagi seperti biasa, aku hanya mampu solat dalam keadaan duduk.
Selepas solat aku duduk melihat jariku yang tadinya tidak dapata bergerak,
25 tahun Allah bagi pinjam, 
bukan sekejap masa,
bahkan lama,
andai saat ini Allah ingin mengambil kembali apa hakku ?
jari ini miliknya sebagaimana sebahagian mata kananku yang telah kembali padaNya akibat dari kemalangan 3 tahun lepas,
aku harus belajar redha dan syukur atas pinjaman ini.


RA DIAGNOSE

everyday with pain,
every day with painkiller,
today I'm going to the hospital to take the blood test result.
It's positive that I'm having RHEUMATOID ARTHRITIS.

this is not a disease.
this is a pain.
whenever u want to do something u will get pain because all your joint was struggled to make moving. Click this for more information Rheumatoid Arthritis about this pain.




Monday, 29 January 2018

Tc. Jiha

They call me tc. jiha here.
Surrounding with kids here make me forgot my pain.
I'm just taking my painkiller in order to hold the pain.
Some people here know how it struggles to continue like normal.
Thanks to those always care and asking how I am today and so on.
Here I've also become homeroom teacher for kindergarten instead of teacher for Bahasa Melayu year 1-2 and Computer year 1-6.
Everyday im need to fulfill the full class.
New teacher but already got their respect to take all this responsibility. Thanks for their trust in me.
I'm trying my best to give for them.
I'm comes here with my mom wills and I hope will be here to the end and last with the happy ending at Sri Showme Private School, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Sunday, 14 January 2018

Teman Baru - Radang sendi

Teman baru muncul,
Dua bulan sakit,
awalnya doktor cakap sakit urat,
dua minggu telan ubat sakit urat,
dua minggu telan ubat tahan sakit,
dari hanya rasa sakit sengal2 jer,
sekarang susah nak gerakkan sendi jari kaki dan tangan kiri,
solat pun dah xleh nak bengkokkan kecuali bila telan ubat tahan sakit,
naik tangga kelas Allahu seksanya rasa,
aku masih cuba senyum =)
senyum dengan anak2 murid yang masih lagi belajar erti kehidupan,
aku belajar untuk memenuhi semua permintaan dan cuba menghulurkan pertolongan,

Semalam last limit to hold on, aku xmampu dah nak tahan, akhirnya serah diri ke hospital(klinik rawatan harian HSNZ), dua jarum singgah di lengan, darah dimasukkan  ke dalam 6 botol berasingan untuk test. Satu perkataan yang aku dengar doktor ulangkali sebut, " artritis " juga dikenali sebagai radang sendi, seharian cuba dihadam dan ditelan teman baruku ini. 

Allah-Al Musta'an ringankan sakit ini,
aku ingin bergerak seperti dulu,
aku ingin berlari seperti yang lain juga =)