Indahnya dunia

Tuesday, 10 April 2018

sembunyikan air matamu

hujan...
satu ketika dahulu aku begitu menyukai suasana sejuk dini hari,
kini hujan dan sejuk membuat aku teramat sakit menahan peritnya sendi-sendi.

perjuangan pertama (untuk bangun dari katil) 
tangan cuba menongkatkan siku untuk bangunkan badan,
berkali aku cuba,
jatuh kembali,

badan cuba mengiring untuk bangun,
berkali dicuba,
tetap juga jatuh kembali.

air mata terus sahaja menitis dan aku menangis sesungguh-sungguhnya.
dalam pada itu,
aku masih cuba menyembunyikan kesakitan dan kesedihan itu,
aku takut andai didengar sesiapa,
aku takut andai dikatakan seorang yang manja,
aku takut...
meski pada keluarga sendiri,
aku takut....
hati aku tak kuat untuk mendengar lagi kata-kata orang sekeliling supaya aku tidak menangis dan sabar,
aku mengunci mulutku agat tidak terkeluar suara perit dan pedih yang ditanggung,
meski air mata terasa banjir dipipi.

perjuangan kedua(kaki melangkah ke bilik air)
hayunan kaki pastinya teramat lemah,
tgn cuba gagah mencapai baldi untuk mengisi
 air panas,
kadang saat mengangkat baldi yang agak berat walaupun air xsampai separuh,
saat ingin memetik suis lampu bilik mandi,
airmata pasti menitis lagi,
kudrat kadang2 hilang,
memetik suis sahaja sudah tidak mampu,
mujur ad mak yang bantu memetiknya saat melihat aku terkial-kial cuba menekan namun tidak berjaya.


perjuangan ketiga(memakai baju)
kalau dulu memakai baju hanya mengambil masa beberapa saat,
kini saat itu telah berubah kepada beberapa puluh minit,
saat ini airmata menitis lagi saat kenangan bertamu,
dulu saat aku patah tgn kerana excident ada sahabat yang membantuku memakai baju,
terima kasih sahabat...

No comments:

Post a Comment