Indahnya dunia

Saturday, 19 March 2016

Jagung dan Dakwah



Analogi jagung ni keluar dalam satu semabng group wassap bilamana hatiku rasa terkesan 

dengan mereka yang ingin mengajak orang lain melakukan kebaikan tapi mereka 

merasakan dirinya dah segan nak post dan ingatkan banyak kali benda yang 

berulang.

                                       jagung manis ni resepi dia sama ja kot
walaupun makan jagung yang sama  resepi tapi xpuas
 sama jugak kita ajak  
orang kearah kebaikan nak ajak buat benda baik yang sama ja tiap- tiap hari

yang penting!

jangan pernah kita yang mengajak merasa jemu
baru dakwah (thumbs up) 


Akhir zaman, orang yang berpegang dengan al-quran dan as-sunnah 

ibarat mengenggam bara api.

Jika manusia buat baik, ada orang tidak suka. 

Jika manusia buat jahat, mesti lagi ramai yang tidak suka. 

Jadi, buatlah apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka.

Berpeganglah kepada prinsip yang benar walaupun ia perit dan memeritkan.


Thursday, 17 March 2016

Serasi belum Tentu Jodoh



Dalam bergerak kerja sesama berlainan jantina, kita seringkali tidak mampu elak dengan

satu perkara ini 'masalah hati'. Lari la macam manapun, elak la macam manapun, pasti 

terjebak, hati yang tidak terisi dengan kebaikan akan terisi dengan kelalaian. 




Sebab itu 

pentingnya untuk kita punya kesedaran dan saling mengingatkan akan hal ini, bukannya 

saling menjodohkan. Kata-kata itu suatu doa, bahkan dapat menyemai  suatu perasaan yang

 tak diundang yang akhirnya diri tersungkur merasai sakitnya mempunyai rasa yang 

sepatutnya disimpan kemas hanya buat yang benar-benar halal. 








kadang-kadang kita rasa serasi bersama dengan seseorang tu, kita rasa dialah jodoh kita, 

sebenarnya apa yang kita rasa tu kat mata dan kat hati kita ja, tapi kat pandangan Allah 

bukan dia sebenarnya untuk kita, jadi yakinlah Allah akan temukan kita dengan jodoh yang

 betul dan pada masa yang betul.

jom amalkan doa kat bawah ni, tiap kali hati kita terusik dengan mainan nafsu dan

 gangguan syaitan, moga diberikan keteguhan hati dengan apa sahaja keputusan dari Allah.



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan

 daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu 

yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan 

Engkau 

Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui

 segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini

 (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama 

ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku 

padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan 

keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau

 lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang 

keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".





Mencari Diri Yang Hilang

Mencari diri yang hilang

Aku mencari diri yang hilang
Pada jasad yang dulunya petah berbicara,
Melontar pandangan,
Merangka perjalanan hidup

Aku mencari diri yang hilang,
Pada ruh kini yang kehilangan nurnya,
Setelah selumbar mazmumah,
Berlingkar di sudut naluri,

Aku mencari diri yang hilang,
Pada nafsu yang kehilangan akal,
Hingga hilang tasbih istiqamah.

Aku mencari diri yang hilang,
Pada ilmu dan semangat yang kian luntur,
Hingga hilangnya identiti ini.

Aku mencari diri yang hilang,
Pada jasad  yang terlalu mengikut fitrah,
Setelah terbitnya cinta dunia,
Hingga rapuh cinta pada Sang Pencipta.

Aku mencari diri yang hilang,
Diri yang dulu seorang sahabat kepada sahabatnya,
Diri yang dulunya menjadi teman seperjuangan,
Diri yang dulunya menjadi akar bagi sahabat yang lain berpaut,
Diri yang dulunya menjadi tempat untuk menumpang teduh.

Kemana hilangnya diri itu
Kemana?

Semoga satu saat,
Setelah nur hidayahNYA kembali menghiasi relung hati,
Sebelum jasad kembali ke tanah,
Akan ditemui diri yang hilang,
Akan terhapus segala dosa yang menggelapkan hati,
Akan kembali kepada pencipta diri dalam Husnul Khotimah..
Aameen..


-hasil copy,edit-
-kak farah & aku-
-malam gen-talent-
-16march2016-

Wednesday, 2 March 2016

KItA Hamba Yang Maha Kaya


Jap nak share 1 cerita,

Tadi kann masa jie jual nasi

Dari bilik ke bilik nasi lambat sgt hbes

Sebab ramai dah beli

Tinggal lagi 4 bungkus

Masa tu jie dah letih sgt, tgn dah ase sakit heret 2 plastik dr td

Tiba2

Teringat kt seseorg ckp mcm n,

Knpa aku takut xda rzeki,sedangkan aku hamba kpd pemberi rezeki,

Tiba2 terus semangat balik

Dan Alhamdulillah dgn izin Allah hbes jugak,

Kesimpulannya

Kenapa nk takut pd miskin?sedangkan kita hamba pd yg maha Kaya

Yg penting USAHA!!!



Aku datang dari keluarga yang tak senang dan mewah dengan harta dunia, arwah ayah dah 11 tahun kembali kepada pemilikNYA,

Berbekalkan pencen terbitan arwah ayah dan bantuan kebajikan masyarakat mak menyara aku dan lg 4 org adik beradik.

Setiap tahun bantuan dari kebajikan masyarakat akan berkurang  atas alasan dari pihak mereka anak yang dah masuk Universiti dikira tidak dalam tanggungan.

 Sehinggalah ke hari ini bantuan itu mak hanya peroleh rm100 setiap bulan. Dari rm100 tu mak akan bahagikan pada aku dan lg 3 orang adik yang belajar sehinggakan baki padanya hanya tingga rm20.

Sebulan rm20? Apa mak nak makan?

Allahurabbi,Allah itu Maha Kaya, mak sentiasa cukup dengan rm20 tu.

Sebenarnya aku tahu,mak ikat perut…sampai la satu hari mak disahkan mengalami penyakit usus kritikal, doktor cakap usus mak pecah,terpaksa menjalani pembedahan.

Pembedahan yang memakan masa selama hampir setengah hari  dan mak terlantar di dalam wad ICU selama 2 minggu, masa yang teramat kritikal itu bagaikan mak mati hidup semula, doktor hampir meminta kami melakukan persediaan yang sepatutnya memandangkan keadaan mak yang agak kritikal.

Namun kuasa Allah, yang aku percaya doa dari tok (ibu kepada ibuku) sampai menangis teresak-esak hampir tiap malam meminta anaknya diberikan kesembuhan merupakan asbab kepada kesembuhan dari keadaan yang kritikal sehingga dipindahkan ke wad biasa dan diletakkan di dalam pemerhatian doktor selama 2 minggu sebelum dibawa pulang.

Alhamdulillah teramat, aku seperti dapat nafas kembali setelah mak kembali beransur pulih walaupun doktor telah mengesahkan mak terpaksa memakai plastik di bahagian tepi perutnya buat selama- lamanya. 

Takpe, janji mak dah pulih, mak nangis sorang-sorang bila doktor cakap usus mak xleh kembali kepada asal dah, kalu bedah jugak nnti risiko kepada kanser usus. 

Aku tahu mak nangis, tapi mak tak pernah tunjuk depan mata anak-anak. Mak gembira sangat bila kami anak-anak cerita pasal mak dah sihat. walaupun mak banyak tanggung sakit tu, 

Syukur,
 Kejadian ini terjadi selepas setahun aku yang ditimpa kemalangan. Kata mak, dulu mak jaga nurul masa nurul sakit, sekarang nurul plak yang jaga mak.. mak…nurul sayang mak…


Allah SWT berfirman:

 "La-in syakartum la azidannakum, wala-in kafartum inna 'adzabi lasyadid".


Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat)
 kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku 
sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)