Indahnya dunia

Wednesday, 2 March 2016

KItA Hamba Yang Maha Kaya


Jap nak share 1 cerita,

Tadi kann masa jie jual nasi

Dari bilik ke bilik nasi lambat sgt hbes

Sebab ramai dah beli

Tinggal lagi 4 bungkus

Masa tu jie dah letih sgt, tgn dah ase sakit heret 2 plastik dr td

Tiba2

Teringat kt seseorg ckp mcm n,

Knpa aku takut xda rzeki,sedangkan aku hamba kpd pemberi rezeki,

Tiba2 terus semangat balik

Dan Alhamdulillah dgn izin Allah hbes jugak,

Kesimpulannya

Kenapa nk takut pd miskin?sedangkan kita hamba pd yg maha Kaya

Yg penting USAHA!!!



Aku datang dari keluarga yang tak senang dan mewah dengan harta dunia, arwah ayah dah 11 tahun kembali kepada pemilikNYA,

Berbekalkan pencen terbitan arwah ayah dan bantuan kebajikan masyarakat mak menyara aku dan lg 4 org adik beradik.

Setiap tahun bantuan dari kebajikan masyarakat akan berkurang  atas alasan dari pihak mereka anak yang dah masuk Universiti dikira tidak dalam tanggungan.

 Sehinggalah ke hari ini bantuan itu mak hanya peroleh rm100 setiap bulan. Dari rm100 tu mak akan bahagikan pada aku dan lg 3 orang adik yang belajar sehinggakan baki padanya hanya tingga rm20.

Sebulan rm20? Apa mak nak makan?

Allahurabbi,Allah itu Maha Kaya, mak sentiasa cukup dengan rm20 tu.

Sebenarnya aku tahu,mak ikat perut…sampai la satu hari mak disahkan mengalami penyakit usus kritikal, doktor cakap usus mak pecah,terpaksa menjalani pembedahan.

Pembedahan yang memakan masa selama hampir setengah hari  dan mak terlantar di dalam wad ICU selama 2 minggu, masa yang teramat kritikal itu bagaikan mak mati hidup semula, doktor hampir meminta kami melakukan persediaan yang sepatutnya memandangkan keadaan mak yang agak kritikal.

Namun kuasa Allah, yang aku percaya doa dari tok (ibu kepada ibuku) sampai menangis teresak-esak hampir tiap malam meminta anaknya diberikan kesembuhan merupakan asbab kepada kesembuhan dari keadaan yang kritikal sehingga dipindahkan ke wad biasa dan diletakkan di dalam pemerhatian doktor selama 2 minggu sebelum dibawa pulang.

Alhamdulillah teramat, aku seperti dapat nafas kembali setelah mak kembali beransur pulih walaupun doktor telah mengesahkan mak terpaksa memakai plastik di bahagian tepi perutnya buat selama- lamanya. 

Takpe, janji mak dah pulih, mak nangis sorang-sorang bila doktor cakap usus mak xleh kembali kepada asal dah, kalu bedah jugak nnti risiko kepada kanser usus. 

Aku tahu mak nangis, tapi mak tak pernah tunjuk depan mata anak-anak. Mak gembira sangat bila kami anak-anak cerita pasal mak dah sihat. walaupun mak banyak tanggung sakit tu, 

Syukur,
 Kejadian ini terjadi selepas setahun aku yang ditimpa kemalangan. Kata mak, dulu mak jaga nurul masa nurul sakit, sekarang nurul plak yang jaga mak.. mak…nurul sayang mak…


Allah SWT berfirman:

 "La-in syakartum la azidannakum, wala-in kafartum inna 'adzabi lasyadid".


Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat)
 kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku 
sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)

No comments:

Post a Comment