Suntikan Tautan Ukhuwah
“Air mata seorang wanita itu sangat hebat sayang, sebagai insan biasa tiada apa yang mampu kita lakukan kecuali usaha,doa,tawakal. Percayalah, Allah itu Maha Bijaksana dalam setiap percaturannNya” kata-kata azimat daripada kak Humaira akan kugenggam hingga hujung nyawa.
Setelah 5 bulan berlalu, ku gagahkan diri untuk menatap kembali wajah sendiri, kemalangan itu hampir meragut nyawa diri ini. Sepanjang tempoh itu,aku langsung tidak berani menatap wajahku, kebanyakan mereka yang datang melawatku mengatakan mukaku agak lain dari kebiasaan mereka melihatku. Ku pegang kemas cermin ditanganku, nampaknya agak gemuk dibahagian pipi, kesan dimasukkan skru kedalam bahagian rahang muka yang patah, malah tulang bawah mata yang hancur disebelah kanan turut memberikan kesan pada wajahku.
Kucuba genggam jari tangan kananku sekuat hati,namun jari yang retak itu masih belum mampu kugenggam sepenuhnya. Hanya separuh genggaman sahaja. Tambahan pula saraf mata kananku telah mati. Keadaan ini menyebabkan penglihatan mataku di sebelah kanan yang agak kabur dan silau yang amat sehingga aku memakai kaca mata hitam untuk berjalan di siang hari yang terik . Kedua-dua keadaan ini menyebabkan urusan harianku kadang-kadang memerlukan bantuan insan lain.
Ku akui, pasti ada hikmahnya di atas ujian ini. Ya Allah Tuhan Yang Maha Kuat, sesungguhnya aku lemah, aku lemah tanpaMU, kuatkan hambamu yang lemah ini. Kutarik lembut tafsir Al-Quran berwarna hijau yang berbalut kemas, mencari sepotong ayat cintaNya agar menjadi penawar hati tika ini. Surah Ali Imran ayat 142 terbentang dihadapan mata
‘Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk Syurga , padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar’.
Subhanallah, bergetar jiwa tatkala ayat tersebut dibaca tafsirannya. Airmata meluncur laju menderu, Allahu,terasa dekat denganMU.
‘Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk Syurga , padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar’.
Subhanallah, bergetar jiwa tatkala ayat tersebut dibaca tafsirannya. Airmata meluncur laju menderu, Allahu,terasa dekat denganMU.
Kejadian itu terjadi pada 31 Disember 2013, tarikh keramat yang tidak akan pernah luput dari ingatan. Motor yang kunaiki melanggar pasu bunga besar yang menjadi hiasan terletak di atas pembahagi jalan. Gedegang!! Pandanganku gelap, hanya sayup kedengaran suara yang agak bising berdekatan denganku. Orang ramai mula mengerumuniku. Kebetulan ‘Red Camel’ kepunyaan Amru, dipandu oleh sahabatku Humaira melalui tempat kejadian. Humaira ketika itu ingin menghantar Maryam ke kampus untuk menghadiri mesyuarat.
Sedang leka melayan nasyid ‘Segenggam Tabah’ oleh kumpulan in- Team,tiba-tiba Maryam bersuara memecah kelekaan Humaira ‘Kak, banyoknyor kete depe tu, ado exciden ko eyh?’bagitahu Maryam dalam loghat kelantan pada sahabatnya yang sedang memandu di sebelah. ‘Aah la,.akk nampak jugak macam ada motor Kriss Modenas, warna biru kat depan tu’balas Humaira. Sesaat kemudian mereka sama-sama menjerit ‘Umair!!’, pantas sekali mereka teringat padaku yang baru sahaja meninggalkan rumah 10 minit lebih awal dari mereka untuk ke Stesen Minyak Mukmin.
Dalam keadaan terperanjat melihat sahabat serumahnya terlantar berlumuran darah, terus Humaira memberhentikan ‘Red Camel’ merapati bahu jalan yang sudah agak sesak dikerumuni oleh orang kampung. Kak Humaira berlari mendapatkan aku yang tengah mengaduh menahan sakit. ‘Kak, tangan umair sakit,’ aku menangis, tanpa mempedulikan sesiapa disekeliling, sementelah Kak Humaira cuba menenangkan diriku, ‘Umair, mengucap, Umair, Laa ila haillallah..’.Setelah itu, mataku berpinar-pinar,aku pengsan. Kak Humaira menemani aku sehingga ke hospital.
. Setelah di X-RAY , doktor mengesahkan rahang muka dan tangan kananku patah, tulang bawah mata hancur dan tengkorak retak. Keadaanku yang agak kritikal menyebabkan pihak hospital membuat keputusan agar aku dibawa ke hospital separa swasta. Kak Humaira setia menemaniku sehingga keluargaku dari Negeri Darul Iman tiba.
Keadaan kembali cemas tatkala ibu dan adik beradikku tiba di hadapan pintu masuk bilik Kecemasan. Doktor memaklumkan bahawa aku harus melalui pembedahan pada tangan kananku yang patah dengan segera. Ibuku yang masih lagi terkejut dengan keadaan yang menimpaku hanya mengangguk lemah walaupun tika itu hatinya ingin terus membawa anaknya itu segera pulang ke rumah, namun keadaan aku yang separa sedar menyebabkan ibuku akur dengan kehendak doktor untuk meneruskan pembedahan dengan kadar segera.
Hampir dua hari aku terlantar dengan ubat bius sebagai peneman, aku tidak sedarkan diri. Kata ibuku, ‘lamanya Umair tidur’. Aku hanya tersenyum walau terasa pahit senyuman itu. Syukur Alhamdulillah, aku selamat menjalani pembedahan. Sepanjang seminggu aku di hospital, teman-temanku tidak pernah putus mengunjungiku. Walaupun saat itu, mereka sebenarnya sedang bertarung dengan peperiksaan akhir semester. Seminggu kemudian, aku perlu menjalani pembedahan kedua pada bahagian rahangku yang patah. Alhamdulillah, sekali lagi aku selamat menjalani pembedahan yang mengambil masa hampir 10 jam di bilik pembedahan.
Allahuakhbar, ibuku hanya tersenyum melihat sahabat-sahabat satu usrahku membuat giliran untuk menjagaku bersama ibuku, sehingga ada yang sanggup tidur bersamaku di hospital walaupun dalam keadaan yang tidak selesa. Mereka membantu ibuku menjaga makan minumku, menolak aku ke tandas bersama kerusi roda. Ya Allah, besar sungguh pengorbanan kalian, aku tidak punya apa-apa harta dunia untuk ku bagi kepada kalian, bahkan kalianlah hartaku di dunia. Oleh itu hanya pada Allah ku panjatkan doa agar Allah memberikan kalian sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat.
Sepucuk surat kiriman daripada seorang sahabat yang tidak dapat hadir menjengukku sampai ke tanganku, ku minta sahabatku Balqis untuk membacanya;
Srikandi Umar,
engkau sahabatku,
engkau sumber kekuatanku selepas Allah,
engkau penyeri hidupku,
engkau pemegang segala isi hatiku selepas Allah Maha Mengetahui,
engkau juga pemegang cintaku selepas Allah,Rasul, dan keluargaku.
Srikandi Umar,
betapa bertuahnya engkau dipilih oleh Allah untuk merasai cintaNya,
betapa bahagianya engkau dipilih oleh Allah untuk disayangiNya,
betapa beruntungnya engkau dipilih oleh Allah umtuk disucikan dari segala dosa dengan menghadapi ujian ini.
Srikandi Umar,
ketahuilah olehmu,sesungguhnya dirimu begitu disayangi,
ketahuilah oleh dirimu,sesungguhnya dirimu amat dihargai,
ketahuilah oleh dirimu,dirimu begitu disanjungi,
kehadiran dirimu begitu bermakna buat kami sahabat-sahabatmu,
Srikandi Umar,
moga engkau terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi ujian ini,moga engkau diberi kesembuhan yang cepat oleh Allah,
Ya Allah, kurangkan kesakitan yang ditanggung oleh sahabatku ini,
Srikandi Umar
pastikan langkahmu persis Saidina Umar,
peribadimu seanggun Saidatina Fatimah.
~TIADA DUKA YANg ABADI DI DUNIA~
Berbahagialah Dengan Yang Sentiasa Menduga Dirimu Kerna Allah Sedang Menyuci Dirimu,Sungguh Dia Menyayangimu..Kerna Itu Ujian Tidak Pernah Surut Mndugamu
Doa Ikhlas dari Srikandi Abu Bakar dan sahabat-sahabat.
Subhanallah, menitis airmataku, sungguh indah titipan kata-kata dari mereka yang bergelar sahabat. Gelaran Srikandi Umar itu merujuk kepada diriku. Gelaran yang cukup hebat itu kugenggam erat agar suatu hari nanti dapatku menjadi sehebat Umar Al-Khattab. Sahabat, kalian bukan darah dagingku sendiri, namun kesanggupan kalian untuk berkorban demi sahabat sukar dicari ganti. Kehadiran kalian banyak merawat luka dan keperitan menanggung kesakitan yang kuhadapi ini. Kalianlah syurga duniaku.
‘Nikmat paling manis apabila Allah Taala mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan.’
‘Umair!!’ kaget diriku tatkala disergah oleh sahabat karibku ini, Kak Humaira, orangnya tegak, manis, kadang-kadang agak pendiam, tapi tegas bila diberi sesuatu tugasan untuk disiapkan. Dia sahabatku paling rapat sejak aku di matrikulasi. Kak Humaira menyambung ‘Itulah termenung lagi petang-petang, jom makan, akk masak spaghetti Bolognese hari ni’. Itulah kepakarannya, itulah juga kegemaranku. Sikapnya yang ala-ala garang macam singa sering membuatku senang sekali bermanja dengannya. Walaupun ada juga sampai aku menangis, namun semua itu adalah kenangan paling manis dalam hidupku. Dia sahabatku, dia jugalah kakakku di kampus menemaniku dan seringkali menuruti setiap kehendakku. Sungguh aku sangat merindui sosok dirinya yang sangat ikhlas menyayangi aku sebagai sahabatnya. Kak Humaira, moga Allah menjagamu walau dimana jua kau berada. Uhibbuki fillah jiddan jiddan.



