Indahnya dunia

Tuesday, 23 February 2016

Thesis Air Mata

Thesis Air Mata

our limitation only will be discovered at the right moment as we were very impressed to do something, final year project sometimes will be the crazy times for that student who had limited strength, but with Allah will, they can destroy the limitation. ,
keep it up!

Perjalanan menyiapkan thesis bagi projek tahun akhir sangat mencabar, apatah lagi dilalui dalam keadaan serba kekurangan. Bertajukkan General Geology And Geochemical Mapping In Main River at Jeli Town’ ku genggam kemas sampai ke akhir. Pada awalnya aku melangkah dengan penuh semangat tanpa sebarang keraguan berbekalkan semangat dari sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan ditambah dengan insan yang dari awal sentiasa mengikuti segala perkembangan diriku, keluargaku.

Mendapat seorang supervisor perempuan yang baru kukenal suatu cabaran bagiku untuk melaluinya, seorang pensyarah perempuan yang baru habes belajar oversea. Mulanya aku cuba mendekatinya, cuba melakukan segala apa yang diminta, cuba menerima segala kritikan demi kritikan, bahkan sering dibandingkan dengan bangsa lain yang sangat aktif bertemu dengannya untuk meminta pandangan. 
Aku seringkali cuba untuk menandingi mereka namun akhirnya aku kecundang, penat, untuk apa aku lakukan semua ini? Untuk manusia yang tidak pernah puas? Aku mengadu pada Allah, ketika itulah bermula detik-detik airmata seringkali membasahi pipi, hampir setiap kali selepas berjumpa dengannya aku akan ‘down’,menangis dan terus menangis. Tiada lagi insan sahabat yang dulunya mendengar rintihan hati ini. Ku pendam dan terus pendam sampai akhirnya aku hampir putus asa.
Deraian airmata ini tak sehebat deraian airmata mrk disana,
Ujian kita disini tak sehebat
Ujian mrk disana,
Ya Allah, jdkan aku hambamu yg bersyukur,
Wahai diri,ingat,didunia ini bukan kamu seorang yg diuji,
Masih ramai mereka diluar sana diuji bgitu tragis namun masih menjadikan sabar sbg perisai..

Ketika hampir tiba di penghujung menyiapkan thesis, sekali lagi aku diuji apabila data yang diperolehi tidak ‘valid’. Terduduk. Telinga masih mendengar perkhabaran dr supervisorku itu. Sudahlah terkejut belum habes ditambah pula dengan kata-kata darinya yang sangat menjatuhkan. 2hari aku menangis mengenangkan malam-malamku tanpa lelap, berkejar ke HUSM untuk temujanji doktor pakar lagi, memikirkan duit-duit yang hanya berbaki beberapa ringgit.
Hari-hari kulalui sendiri bertemankan airmata, sangat beremosi dan sensitif sehingga aku ‘left’ semua kumpulan wassap. Sehingga aku hampir berkasar dengan seorang sahabat dek kerana kata-katanya yang menyentap hatiku menyoalkan tentang tanggungjawab yang aku abaikan disaatku tengah bersedih dan tertekan. Aku akui, demi menyiapkan thesis ini banyak perkara lain yang aku terpaksa korbankan, aku tiada pilihan kerana ini prioritiku saat ini. Maafkan aku sahabatku. Namun, ada beberapa sahabat yang masih menghubungiku, insyirah dan syumaila, mereka berdua yang tidak putus bertanyakan keadaanku. Terima kasih kalian. Tak kupinta sentiasa disisi tapi mengertilah disaat aku tertekan. Hanya kenangan-kenangan sahaja merawat kembali jiwa dan diri ini. 
manusia mempunyai kehendak,tapi tidak ada kehendak manusia yang melebihi kehendak Allah’-syurga yang tak dirindukan-

Firman Allah dalam surah al-Insyirah, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Subhanallah, result fyp aku sangat cemerlang, aku tidak menjangka akan mendapat 'A' pabila aku terpaksa ke Uitm Shah Alam bagi mendapatkan data menggunakan ICP-OES setelah data yang diperolehi dari mesin XRF disini tidak 'valid'. Bukan sedikit duit yang dikorbankan, namun semua itu demi mendapat segulung ijazah kurelakan.

Pada supervisorku, aku tidak pernah menyimpan dendam, aku sedar semua yang dia lakukan adalah untuk melihat anak didiknya berjaya.  Kepada co-supervisor yang juga telah banyak membantu dan memudahkan aku untuk menyiapkan thesis aku amat berterima kasih,walau ucapan ini tidak pantas dibandingkan dengan pengorbananmu.


selagi ada Allah dihatimu,kamu tidak akan pernah derita
-surga yang tak dirindukan-

Saat kita menempuhi onak duri dunia, 
ya mungkin ada kalanya, 
kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. 
Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. 
Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. 
Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita.
Airmata mungkin tidak dpt menghilangkan segala yang dirasa,tapi setelah ianya keluar,

hadir satu nikmat yg tak tergambar,kerana saat jatuhnya airmata membasahi pipi, hanya satu nama mjadi zikir..Allah..


No comments:

Post a Comment