Indahnya dunia

Sunday, 22 April 2018

MC kali kedua

Minggu lepas,
tonsil infected.
kali pertama kena,
sakitnya ya Allah..
xpernah aku rasa tertekan sebagaimana waktu sakitnya nak menelan.

2x ke klinik Medicare Annur,
malam pertama doktor melayu merawatku,
dia menelefon doktor Hospital untuk menanyakan ubat untukku krn risau akan memberi kesan kpd sakit autoimunku,

malam kedua doktor cina,
dia juga kulihat agak baik orangnya,

aku sempat menanyakan tentang sakit RA,
adakah sakit ini ada kaitan dgnnya,
dan knp doktor pakar masih perlu membuat darah keatasku sekali lagi untuk memastikan sakit yang sebenar,

katanya itu adalah kerana kebiasaannya RA orang yang berumur 40 and above,
manakala aku baru 26,
kemungkinan adalah SLE.
Allahu..
jauhkan sejauhnya aku dr sakit ini...

Hampir 5 hari sakit tonsil,
5 hari juga Allah bg nikmat tiada sakit sendi,
ajaibnya..
Ya Allah..

petang kelmarin saat sakit tonsil kembali surut bengkaknya,
perlahan-lahan sakit sendi kembali kepadaku,
sungguh aku dapat merasai kehadirannya walau tanpa sebarang khabar.

Subhanallah hebatnya tetamuMU ya Allah..
muncul dan hilang dengan arahan dariMu.


No comments:

Post a Comment