Indahnya dunia

Monday, 4 June 2018

Ramadhan pertama bersama RA

Tahun ni tahun pertama aku lalui ramadhan bersama RA, rheumatoid arthritis. sejenis penyakit autoimun yang menyerang diri sejak beberapa bulan yang lalu.
kata doktor ini adalah penyakit sepanjang hayat yang perlu aku terima. 
kata doktor aku perlu menjalani beberapa ujian darah setiap bulan. 
kata doktor aku akan diberi ubat kimoterapi mulai bulan ini dan perlu mengambilnya seminggu sekali.
kata doktor aku mungkin akan alergik dengan ubat kimo ini.
kata doktor mungkin rambut akan mula gugur agak banyak dan muntah.
kata doktor dos ubat akan bertambah bergantung kepada keadaan diriku.
kata doktor ubat yang diberi akan dibekalkan sepanjang hidup.
SEPANJANG HIDUP...(air mata sebak dah waktu ni tp ak cuba tahan)
kata doktor aku perlu jalani physioterapi.
kata doktor aku harus belajar menerima sakitku ini sebagai sebahagian dari hidupku.
kata doktor semuanya aku terima.
kata doktor semuanya aku ikut.
aku tidak degil lagi.
aku tidak tahu apakah aku ikut kerana aku terima atau kerana aku sudah give up dengan diri yang selalu sakit.
namun,
kalau benar aku give up pasti aku sudah lama tinggalkan kata2 doktor dan terus merosakkan diri kerana tanpa ubat aku tidak mampu bergerak seperti biasa.
sakitnya luar biasa hingga tak mampu untuk aku bagitahu kepada orang.
mungkin aku mulai belajar menerima dan redha dengan perjalanan hidup yang selalu diuji.
=')
mungkin juga aku mulai akui diri ini bukan milikku tapi milik Tuhan..
keatas Dialah hak diri ini untuk berbuat apa sahaja.
Dia hanya memberi aku pinjaman sementara.

dan..RAMADHAN datang membawa rahmat kepada diriku.
sakit yang selama ini dirasa seakan terbang,
minggu pertama kedua dan ketiga dilalui dengan begitu sihat,
mungkin juga kerana aku mulai mengambil 9 biji ubat sehari termasuk 2 biji steroid setiap hari yang dibekalkan doktor dan 3 biji seminggu ubat kimoterapi.

apa pun sebabnya aku begitu bahagia dan gembira waktu ini.
aku gembira kerana kembali bergerak aktif sperti sediakala hingga  aku lupa aku masih perlu banyak berehat kerana saat ubatnya habes kesan pasti keaktifan tadinya memakan diri.
so sentiasa perlu ingatkan diri agar tidak terlalu gembira dan bekerja kuat.



No comments:

Post a Comment