belajar untuk redha semestinya bukan mudah,
ust cakap redha ni takda kata 'terpaksa redha'
dia datang dari hati yang benar2 pasrah,
kita serahkan perancangan hidup kita pada Allah taala.
sekarang,
aku sedang belajar menerima sedikit demi sedikit perubahan dalam diriku,
aku tahu ramai yang tidak tahu apa sakit yang aku hadapi,
apa sebenarnya yang aku sedang tanggung,
takpe,
cukuplah,
mereka tahu aku masih ada untuk mereka.
kerana itu aku merasa aku masih hidup,
walau diriku sedang bertarung dengan chronic pain ni.
hari-hari aku cuba positif,
hari-hari aku cuba untuk merasa sihat seperti dahulu,
hari-hari aku cuba sembunyikan sakit aku,
aku...
sendirian,
aku merasa sangat sendirian berhadapan dengan semua ini...
ya Allah...
mampukah aku menghadapinya untuk kali ini,
sakit yang tidak ada ubat ini,
hanya bergantung dengan pain killer seumur hidup...
No comments:
Post a Comment