Sambut pagi hari lahir dengan air mata kesakitan,
Menahan sakitnya kaki yang cuba untuk memijak lantai,
Menahan peritnya lutut yang cuba dibengkokkan untuk berdiri,
Menahan sukarnya jari-jari tangan untuk diluruskan,
Allahu...
Kali ini air mata mengalir lagi...
dalam masa yang sama mulut tidak henti memujuk air mata,
'sabar Najihah,
jangan nangis jiha,
its okey...lepas ni boleh gerak.
Inilah pujukan rayuan agar air mata berhenti mengalir.
Hari terus juga dijalani,
Kerutan didahi cuba disembunyikan dalam senyuman yang diukir,
Hari ini,
genap 26 tahun dilahirkan di dunia ini,
terima kasih mak,
terima kasih arwah ayah,
kerana menjaga nurul selama ini,
nurul xtahu sempat ke x nak membalas kembali segala bakti dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini,
apakah baktiku didunia ini dilihat olehNYA?
nurul xtahu berapa lama lagi masa nurul ada,
nurul juga xtahu sakit nurul ni dah peringkat mana,
saat menaip ni pun,
jari-jari dah rasa sakit,
tapi diri terus menaip curahan kata2 dari dalam,
andai satu hari nanti,
nurul tidak lagi mampu menaip,
sekurangnya nurul masih dapat membaca kembali setiap kata2 ini.
maafkan nurul,
nurul xpandai nak explain penyakit ni kat mak,
Rheumatoid Arthritis ni nurul google dia oyak penyakit dimana antibodi lawan badan sendiri.
Rheumatoid arthritis ialah satu penyakit autoimmun yang melibatkan sistem muskuloskeletal di mana terdapat radang kepada sendi-sendi. Ini menyebabkan sendi-sendi menjadi bengkak, sakit dan kaku. Lama-kelamaan jika penyakit ini tidak dirawat, sendi-sendi akan menjadi rosak dan hilang keupayaan.
Mereka yang mengidap RA megalami kesakitan sendi yang selalunya lebih ketara pada waktu pagi. Sendi-sendi yang terlibat selalunya sendi-sendi kecil seperti jari-jari tangan dan kaki. Sendi-sendi lain yang terlibat juga termasuk pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut. Sendi-sendi ini boleh menjadi kaku pada waktu pagi dan susah hendak bergerak.
Penyakit ini adalah suatu penyakit kronik di mana corak penyakit ini kadangkala terkawal dan kadangkala pula ia menjadi aktif di mana sendi-sendi membengkak dan sakit.
Allahu...
ampunkan aku ya Allah...
andai sakit ini adalah untuk menghapus dosaku,
andai sakit ini adalah untuk mengangkat darjatku,
rezekikan aku kekuatan dalaman dan luaranku untuk menanggung semua ini ya Rabbi...
aminn.

Sanah helwah akak. U made me proud of u.. Smoga akak trus kuat dan sihat..
ReplyDelete