Pagi indah tanpa kudrat,
Jari-jari tangan kiri tidak dapat digerakkan, sakitnya untuk membuat sedikit pergerakkan terasa bagai dihiris dan ditoreh setiap sendi yang ada.
5 minit
10 minit
15 minit
akhirnya air mataku mengalir,
terasa lemahnya aku tanpaMu Tuhan...
Allahu...sambil menangis aku meminta pertolongan dariNYA agar dipinjamkan sedikit kekuatan untuk mandi dan mengambil wudhu menunaikan solat Subuh.
Alhamdulillah sekitar 45 minit kemudian aku dapat bergerak dan bangkit dari tempat tidur.
Solatku kini tidak lagi seperti biasa, aku hanya mampu solat dalam keadaan duduk.
Selepas solat aku duduk melihat jariku yang tadinya tidak dapata bergerak,
25 tahun Allah bagi pinjam,
bukan sekejap masa,
bahkan lama,
andai saat ini Allah ingin mengambil kembali apa hakku ?
jari ini miliknya sebagaimana sebahagian mata kananku yang telah kembali padaNya akibat dari kemalangan 3 tahun lepas,
aku harus belajar redha dan syukur atas pinjaman ini.
No comments:
Post a Comment