Indahnya dunia

Friday, 6 January 2017

-Sumber Kekuatan-

-Sumber Kekuatan-
Perjalanan sebagai pemegang bakal graduan didalam bidang GEOSAINS di UMK Kampus Jeli ini belum lagi bernoktah kerana bulan 2 2017 aku bakal memulakan latihan industry di FerroGeo Service di  Jeli. Pemilihan ini dimulai dengan istikharah dan istisyarah moga berakhir dengan kejayaan harapnya, Allahumma aamin.  Cukup 5 tahun aku disini bertemankan jaket oren khas budak batu disini.

-gambar jaket oren Jr dr blog penaputehh-pinjam gambar ye dik hhi-
Terkadang aku cuba membuat suatu konklusi logic dari semua yang telah terjadi, bermula dari kehidupan aku sejak kecil diuji hingga ke hari ini. Waktu kecil hidupku sekeluarga tidak sesenang orang lain. Hidupku menumpang dirumah tok dan menyewa disana sini sekitar Kuala Terengganu. Arwah ayahku berasal dari Kg Lampu, Kuala Besut, manakala ibuku berasal dari Kg Buluh Gading, Kuala Terengganu. Berbekal gaji sebagai buruh JKR di Bukit Jong mereka membesarkan 7 orang anak bersama..

Ayah sakit…
Tanggal 2004 arwah ayahku diuji dengan penyakit ulser perut. Pelbagai rawatan moden dan tradisional dicuba sehingga arwah ayah hilang berat badan hingga tinggal tulang tanpa isi. Arwah ayah tidak boleh makan dan hanya minum susu semata selama 1 tahun setengah. Ramai yang datang melawat arwah ayah tika itu. Hingga ada adik beradik arwah ayah yang kami tidak pernah kenal juga datang. Rentetan kerana arwah ayah jatuh sakit, kami adik beradik telah berpindah sekolah yang berdekatan. Daripada hari-hari naik motor arwah ayah hantar, kami hanya berbasikal ke sekolah yang jaraknya memakan masa selama setengah jam. Hari makin hari arwah ayah beransur sembuh. Arwah ayah dah makin pulih dan dapat menikmati semula makanan dan dapat berpuasa seperti orang lain. Hampir setahun arwah ayah sembuh dan menikmati hidup seperti orang lain sebelum arwah ayah kembali kepada penciptaNya.



Ayah pergi buat selamanya…
Tanggal 2006 keluargaku dirundung kesedihan dan kepiluan. Kami kehilangan ayah yang dicintai. Masa tu umurku baru 15 tahun adik2 yang masih kecil, ada yang berumur 14, 11,10 dan adik bgsu berumur 5 tahun, kakak 2 orang berumur 26 dan 23 tahun. Masing-masing masih lagi belajar untuk membesar mengenal erti kehidupan. 2 minggu dapur tak berasap periuk tak kosong, nasi dimakan tanpa selera sampai kak long cakap dekat kami adik beradik, yang hidup ni kena teruskan hidup, yang meninggal kita kena redhakan dia pergi. Meskipun waktu itu kak long dan kak ros yang paling terkesan kerana mereka yang paling lama merasai pengorabanan arwah ayah, tapi mereka terpaksa kuatkan semangat demi mak dan adik-adik yang masih kecil.


            Hari-hari seterusnya dilalui tanpa seorang insan bergelar ayah disisi. Sepanjang aku membesar dialah yang sentiasa menjadi peneman dan aku sentiasa menemaninya kemana jua dia pergi sejak kecil. Ke pasar, balik ke kuala besut, naik bas bersama, naik motor bersama, ayah sentiasa bawa aku bersama. Paling aku ingat, waktu aku mengidam tebu, ayah sanggup berhari-hari mencari tebu untuk aku hingga jumpa. Setiap kali adik aku demam ayah akan belikan buah la, ayah suka masak nasi goring tiap-tiap malam untuk kami. Ayah lah yang sanggup kesana kesini untuk anak-anaknya. Ayah sangggup pinjam duit dengan orang sebab nak bagi aku dekat asrama. Allahu..bila terkenang segala pengorbanan seorang ayah yang terlalu berjasa pada diri ini rasanya tidak mampu untuk aku meneruskan penulisan ini. Mengingatkan semua ini sudah cukup buat aku bersyukur kerana pernah memiliki seorang ayah selama hampir 15 tahun.


Ayahku disana
Moga dirimu damai dan tenang di alam sana
Moga dirimu ditempatkan bersama-sama dengan hambaNya yang soleh
Andai dapat kuutus surat
Ingin ku katakana
Aku sangat menyayangimu dan menyintaimu
Ayah..ketahuilah
Anakmu ini amat merinduimu
Moga kita bertemu lagi di alam sana
Di dalam Syurga Allah Taala.

Inilah antara hal-hal menyebabkan aku terus kuat dan tabah meskipun ujian selepas itu makin bertambah. Aku sentiasa memujuk hatiku dengan kata-kata motivasi dari sekeliling, ayat yang paling memujuk adalah

‘Allah uji tanda DIA sayang, tanda Dia ingatkan kita’
‘setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya’
‘Allah pasti akan gantikan sesuatu yang diambil dengan sesuatu yang lebih baik’
‘Allah did not let you down for no reason, He’s planning something for you’

Kmk, Changlun, Kedah.
Perjalanan terus diuji namun Allah itu tidak kejam. Dia sentiasa hadirkan insan-insan yang membantuku untuk terus bangkit dari rebah. 2010 aku diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Kedah. Disana aku menemui insan-insan berhati mulia yang sudi menemaniku mengharungi hidup sendirian dibumi Tuhan. Kali pertama menjejakkan kaki ke Negeri Kedah. Banyak perkara yang telah kupelajari. Ada pahit ada manis. Lumrah hidup sebagai manusia yang normal. Aku dikelilingi teman-teman yang soleh dan solehah. Akhlak mereka telah menjadi teladan buat aku hingga mengubah diriku menjadi insan hari ini. Disana aku telah ditaklifkan jawatan sebagai timbalan 2 Majlis Tindakan Dakwah yang berfungsi sebagai sebuah badan yang khas untuk membawa mahasiswa mendekati kehidupan Islam. Setiap taklifan pasti akan disertai dengan satu amanah yang berat. Sungguh berat terasa tatkala aku dalam masa yang sama ditimpa sakit.
Aku sentiasa ‘migrain’ dan kadang-kadang aku lemah badan. Tapi demi amanah aku gagahkan jua kaki melangkah, dengan insan sahabat disisi aku terus kuat meneruskan perjuangan. Meski waktu itu aku tiada harapan untuk cemerlang dalam akademik namun mereka tetap disisi. Namun aku redha andai  takdir aku tidak sama dengan mereka.

EX-PST Bukan EX-PDT
SETEPAT SANGKAANKU, aku diuji . Aku kena ‘REPEAT’. Pointer aku tidak mencecah 2.0. Meski air mata bercucuran, masa tetap tidak dapat diulang. Aku bergelar bekas pelajar tahun satu EX-PST bukannya seperti kebanyakan senior disitu yang memegang pangkat EX-PDT (BEKAS PELAJAR DUA TAHUN) .Tahun kedua aku di Matrikulasi merupakan tahun aku diharamkan untuk menyertai sebarang organisasi. Mak telah memberi arahan itu kepadaku. Aku akur hati tersangat ingin menyertainya.

Minggu Air Mata
Minggu pertama untuk kali kedua aku disana merupakan minggu aku menitiskan airmata. Dimana saja aku melangkah aku melihat bayangan sahabatku. Dimasjid, di kafetaria disekitar kolej dan di C-mart. Aku hampir hilang arah dan tujuanku disini dek kerana kenangan-kenangan bersama mereka. Hingga sergahan seorang pensyarahku menyapa perit gegendang telingaku. Aku menjadi bahan percakapan pensyarah-pensyarahku di matrikulasi. Masih tergiang-giang di kepalaku kata seorang pensyarah

‘Najihah! Awak nak buat diploma ke kat sini?

Meski inilah kata-kata yang paling merobek hatiku tika itu tapi inilah juga kata-kata yang menjadi semangat untuk aku terus bangkit dari kegagalan. 

Hari-hariku dilalui dengan ditemani adik-adik baru dan sahabat-sahabat baru. Aku bersyukur kerana sekali sekala masih ada sahabat-sahabat seperjuanganku yang dulu terus menghubungiku. Inilah bekalku sehari-hari memotivasi diriku terus kuat disini. Aku tidak langsung merasa terganggu apatahlagi menyedihkan lagi aku. Namun setiap kali mereka bertanya keadaanku aku berasa sangat bahagia tanda aku masih tiddak dilupakan meski mereka telah menjejak ke alam universiti. Ada sahabat yang turun ke matrik meski mereka sibuk dengan urusan diuniversiti semata-mata ingin berkongsi ilmu. Takkan kulupakan semua ini. Malah inilah kisah-kisah mereka yang menghayati erti pengorabanan wang ringgit dan tenaga demi kelangsungan dakwah. Tabik springku kepada mereka ini.

Junior
Dua tahun berlalu aku diterima masuk ke sebuah universiti awam di Malaysia. UMK Kampus Jeli. Perkara yang paling membahagiakan aku tika itu ada sahabat-sahabat seperjuanganku satu ketika dahulu. Kak faizah dan Kak Jia. Tika itu aku menjadi ‘junior’ mereka dalam kos Geosains. Dua insan yang sangat aku sayangi dan cintai sepanjang hidupku. Malah Basyirah dan Solah turut mendapat tawaran di UMK, Jeli. Maka 2012 bermulalah detik perjalananku ke Negeri Serambi Mekah ini hinggalah ke hari ini 7 Januari 2017 merupakan semester ke-9. 

Hampir 4 tahun ½ aku disini dan bakal meneruskan lagi 4 bulan sebagai pelatih Latihan Industri di sebuah syarikat yang bertapak di perumahan pinggiran UMK Jeli. Perjalanan yang  hanya mengambil masa selama 4 tahun bertambah menjadi 5 tahun kerana aku kemalangan motor sewaktu tahun 2 pengajian. Berdamai dengan takdir tidak semudah ungkapan, namus itulah resepi untuk hidup menjadi hambaNYA yang bersyukur. 

SIJIL ANUGERAH DEKAN
Perjalanan yang panjang ini telah menghadiahkan Sijil Anugerah Dekan pada semester ke-8, Alhamdulillah kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah. akhirnya aku dapat buktikan aku juga boleh berjaya. ramai yang mengucapkan tahniah, namun itu bukanlah kebanggaan. Bagiku, cukuplah orang tidak menghina dengan kegagalan yang pernah aku alami dalam hidup ini dan cukuplah mak aku bahagia dengan kejayaan ini.           

 SAAT ALLAH HADIRKAN UJIAN PASTI AKAN HADIRKAN KEMUDAHAN SESUDAHNYA, YANG TINGGAL KITA PERLU PERCAYA DAN  YAKIN DENGAN KEKUASAANNYA.
KEEP STRONG DEAR NURUL NAJIHAH BT HARUN!
ALLAH ALWAYS BE WITH YOU .



No comments:

Post a Comment